Tahukah anda bahawa terdapat satu gaya hidup yang telah terbukti mampumemanjangkan usia bagi sesiapa yang mengamalkannya?
Di suatu tempat yang terpencil di Jepun, Okinawa, terdapat suatu gaya hidupyang menjadikan kebanyakan penduduknya kekal aktif sehingga usia 70an, 80an,90an dan bahkan 100 tahun. Mereka mempunyai pesakit jantung, kanser dan strokyang amat kurang. Kajian selama 25 tahun membuktikan bahawa fenomena panjangusia ini berkait rapat dengan gaya pemakanan mereka dan persekitaran kehidupanmereka.
Diet tradisi masyarakat Okinawa mengandungi kandungan susu soya dansayur-sayuran yang tinggi dan mengurangkan pengambilan daging serta lemak tepu.Didapati para sentenari (centenarian = seratus tahun)banyak memakan soya berbanding burger, keju dan kentang goreng. Kandungansayur-sayuran yang banyak di dalam diet harian mereka yang terdiri dari bijirindan kurangnya pengambilan lemak bermakna kurangnya penyumbatan dan penyempitansalur darah. Inilah punca utama penduduk di Okinawa kurang masalah penyakitjantung. Warga tua di tempat lain menjalani kehidupan yang sangat pasif dankurang menjalani aktiviti riadah tetapi warga tua di Okinawa menjalanikehidupan yang sangat aktif. Berjalan, berkebun, menari tarian rakyat dan senipertahankan diri membantu mengekalkan sistem kardiovaskular serta membantumenguatkan tulang dan otot.
Purata jangka hayat wanita di Okinawa adalah 87 tahun sementara lelakinyapula adalah 78 tahun. Peratus umur melebihi 100 tahun adalah 40 per 100,000orang. Kajian bermula dari tahun 1976 ke atas 600 penduduk Okinawa yangmencapai usia 100 tahun membongkar rahsia panjang usia mereka.
Jika anda pengamal makanan yangtinggi protein dan lemak, anda pasti tidak berminat membaca seterusnya.Masyarakat yang panjang usia kesemuanya VEGETARIAN. Mereka memakan lebih dari 7 hidangan sayur-sayuran sehari,lebih dari 7 hidangan bijirin, lebih dari 7 hidangan buah-buahan, sedikit ikandan sangat kurang memakan daging dan telur. Mereka tidak mengambil hasil tenusutetapi amat kurang dari mereka mengidap osteoporosis.
Kesimpulannya, diet pendudukOkinawa adalah tinggi kandungan serat.
Kurang Makan
Motto paling popular mereka adalah“Hari Haci Bu” iaitu “Berhenti Makan Apabila Anda 80% Kenyang”. Ini bertepatandengan saranan Rasulullah iaitu makanlah sebelum kamu lapar dan berhentilahsebelum kamu kenyang. Obesiti hampir tidak wujud di Okinawa.
Penduduk Okinawa minum 12 gelas airsehari termasuk teh hijau. Minum separuh dari berat anda dalam auns setiaphari. Contohnya, jika berat anda 150 paun, minum sekurang-kurangnya 75 aunsair bertapis setiap hari.
Kehidupan Yang Bebas Dari Stress
Penduduk Okinawa tidak berasarunsing dan gaya hidup yang mempunyai tekanan hidup atau stress yang rendah. Tiada perkarayang perlu digesa, tiada perkara yang dibimbangi dan hidup mengikut alamsemulajadi. Mereka gemar bermeditasi, hidup yang simple, aman tenteram dansentiasa berpandangan positif.
Tanah di Okinawa
Tanah di Okinawa adalah sangatsubur. Tanah yang subur menyumbang kepada tanam-tanaman dan hasil pertanianyang bersih dan segar. Tiada penggunaan racun dan baja kimia yang merosakkanstruktur biologi tanah. Kajian Tuft’s Universiti menunjukkan sayur danbuah-buahan organic mengandungi lebih 87% vitamin dan mineral berbanding hasilbukan organik.
![]() |
Sedang bercucuk tanam |
Selepas mengkaji 600 orang yang berusia 100 tahun dan beberapa ‘pemuda’ yangberusia 70, 80 dan 90 tahun, satu corak yang menakjubkan muncul. PendudukOkinawa sangat sihat pada usia melebihi 70 tahun.
1. Kejayaan Usia Panjang Tidak Bergantung Kepada Genetik
Kajian genetik para lanjut usia ini menunjukkankejayaan panjang usia mereka adalah berdasarkan gaya hidup sihat mereka.Kejayaan menambah 20 tahun usia tambahan mereka adalah berdasarkan kurangnya serangan strok dan kanser kolon.Sebab itulah masyarakat Okinawa yang hidup di luar Okinawa dan mempunyai gayahidup yang berbeza mengalami pelbagai penyakit kronik berbanding yang tinggaldi Okinawa.
2. Mengurangkan Radikal Bebas
Mengurangkan pengambilan kalori dapatmemanjangkan usia. Bukti jelas menunjukkan penduduk Okinawa yang mengikuti carahidup tradisi mempunyai kandungan radikal bebas yang kurang di dalam darahmereka. Para ‘pemuda’ melebihi 70an ini mempunyai kandungan lipid peroxide yangsangat rendah – bukti jelas yang menunjukkan mereka mengalami kerosakan sel disebabkan radikalbebas yang sangat rendah.
3. Kurangnya Risiko Kardiovaskular
Pemuda 70an ini mempunyai arteri yang jauh lebihmuda, bersih, kurang kolesterol dan rendah paras homocysteine berbanding orang yangberusia di barat. Faktor ini mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 80%dan kadar penyakit strok yang sangat rendah. Arteri mereka yang sihat adalahdisebabkan gaya hidup organik dan vegetarian, senaman yang kerap, kawalantekanan darah dan meminimakan tekanan perasaan dan spiritual.
Homocysteineialah asid amino yang boleh merosakkan dinding salur darah. Kandungannya amattinggi bagi mereka yang kurang memakan sayuran hijau, vitamin B1 dan B2.
4. Kurangnya Risiko Kanser Yang Disebabkan Oleh Hormon
Penduduk Okinawa amat kurang mengalami kanseryang disebabkan oleh hormone seperti kanser payudara, prostate, ovari dankolon. Faktor utama mereka tidak mengidap kanser tersebut adalah keranakurangnya pengambilan kalori, mengambil diet yang kaya sayur-sayuran dan buah-buahan,pengambilan omega 3 yang tinggi, serat yang tinggi, pengambilan flavonoid yangtinggi, kurangnya kadar lemak dalam badan dan aktiviti fizikal yang kerap.
5. Tulang Yang Kuat
Penduduk Okinawa amat kurang mengalami patahtulang punggung di usia lanjut. Kajian membuktikan bahawa pengurangan kalsiumbagi mereka yang berusia lebih 40 tahun adalah perlahan berbanding penduduk Jepun yanglain. Ini adalah disebabkan tabiat meminum air semulajadi dan bersih di Okinawa, vitamin Ddari sinaran matahari, aktiviti riadah dan pengambilan flavonoids (aestrogendari tumbuh-tumbuhan) yang tinggi.
6. Langsing Dan Cergas Di Usia Lanjut
BMI pada ‘pemuda’ usia lanjut ini adalah 18 ke22. Penduduk Okinawa kekal langsing dengan memakan makanan rendah kalori, dietkarbohidrat tak kompleks, kawalan kalori dan makan hanya sehingga 80% kenyangserta aktiviti riadah yang kerap.BMI melebihi 25 dikira sebagai beratberlebihan dan mudah diserang penyakit.
7. Menopaous Yang Semulajadi
Tiada penggunaan terapi penggantian aestrogendilakukan. Mereka mengalami menopaous secara semulajadi. Keadaan ini dialamiakibat tabiat tidak merokok, senaman berbentuk tarian, seni pertahankan diriyang lemah lembut, berjalan dan berkebun. Wanita Okinawa terkenal denganpengambilan aestrogen semulajadi, melalui pengambilan susu soya. Soyamengandungi phytoaestrogen atau aestrogen tumbuhan dipanggil flavonoid. Semuatumbuhan seperti kekacang, bijirin, bawang, broccoli mengandungi aestrogensemulajadi. Tetapi susu soya tetap pilihan kerana kandungan aestrogennya yangtinggi. Isoflavon di dalam susu soya membantu mengurangkan osteoporosis.
8. Hormon Seks yang Remaja
Para ‘pemuda’ 70an Okinawa mempunyai hormonjantina yang tinggi seperti DHEA semulajadi, estrogen dan testosteroneberbanding mereka yang seusia mereka di Amerika. Mereka secara fisiologinyaadalah lebih muda. DHEA adalah steroid yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal,membantu mengurangkan pecutan usia. Namun begitu, pengambilan suplimen DHEAakan menyebabkan kanser payudara dan kanser lain dan ia adalah tidakdigalakkan. Penduduk Okinawa mengalami pelambatan usia berbanding mereka yangseusia di Amerika. Kandungan aestrogen dalam tubuh mereka adalah tinggi dan inimengelakkan penyakit jantung dan osteoporosis. Testosterone juga didapatitinggi di kalangan lelaki Okinawa berbanding yang susia mereka di barat.
9. Kesihatan Spiritual Yang Cemerlang
Kajian personaliti menunjukkan kerunsingan danrasa terburu-buru adalah sangat rendah sementara perasaan keyakinan diri amattinggi di kalangan mereka. Kajian menunjukkan mereka sangat optimistik, mudahmenyesuaikan diri dan mudah mesra. Kesederhanaan amat dititikberatkan. Hubungankemasyarakatan amat utuh dan amalan kerohanian amat tinggi di kalangan wanitalanjut usia.
10. PenajagaanKesihatan Yang Bersepadu
Penduduk Okinawa menggabungkan sistem penjagaankesihatan dan penyembuhan dari barat dan timur. Okinawa, Jepun dan Hong Kongyang terkenal dengan kadar panjang umur di dunia mempunyai kaedah penyembuhanyang digabungkan antara timur dan barat. Herba tonik sangat diutamakan.Kenyanyukan amat jarang di Okinawa.
Marilah kita mengubah cara hidup kita dengan memakan lebih sayur-sayuran danbuah-buahan berbanding pengambilan kalori , protein dan lemak.
Pengambilan Melilea greenfield Organic adalah satu langkah lengkap dengan kandungannya melebihi 25 jenis sayur-sayuran organik dan herba organicyang terpilih..
Bertukarlah kepada pemakanan organik, bebas pencemaran, tanpa pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Amalkan gaya hidup sihat.
Disini dicadangkan pengambilan Melilea greenfield Organic, Melilea Soya Organic Drink dan Melilea Organic Apple Orchard untuk zat dan mineral seimbang, hampir sama seperti diet yang diamalkan oleh Okinawan di atas.
Disini dicadangkan pengambilan Melilea greenfield Organic, Melilea Soya Organic Drink dan Melilea Organic Apple Orchard untuk zat dan mineral seimbang, hampir sama seperti diet yang diamalkan oleh Okinawan di atas.
Baca artikel lagi
sekiranya ingin menyalin rencana ini, harap letakkan pautan ini sekali sebagai rujukan
http://bisnes24jam.blogspot.com/2011/11/rahsia-panjang-usia-sehingga-100-tahun.html
The secret of happy life is to take extra attention on Womens Health Medicine and Mens Health Medicine.
ReplyDelete