Wednesday, 28 December 2011

Oleh Teresa Ellera-Dulla
Selasa 27 Disember 2011

Festival Peladang Organik 6Kepulauan Negro yang diadakan dari 16 - 20 Disember di Provincial CapitolGround di Bacolod City, Filipina merupakan satu kejayaan besar dengan penyertaanseramai 4,503 peserta berdaftar.

Menurut penganjur, ini adalahpenyertaan terbesar setakat ini semenjak ianya bermula tahun 2006. Ini tidaktermasuk peserta yang tidak berdaftar dan pelanggan ‘walk-in’.

Sebanyak 117 gerai jualan danpameran barangan dan hasil keluaran organik yang mencatatkan jualan sebanyakP2,056,000 sementara P40,000 diperolehi dari sewaan ruang pameran.

Seramai 2,000 peserta,kebanyakannya petani, menyertai pelbagai symposium teknologi pertanian organic,pengurusan sisa pepejal, polisi awam pertanian organik, rangkaian pasaran,kesihatan dan kesejahteraan.

Aktiviti yang menarik minatbanyak pihak adalah penyertaan oleh 26 chef restoran hebat di dalam PestaMasakan yang menunjukkan pelbagai cara masakan makanan dan minuman organik.

Menurut penganjur, demonstrasimemasak telah disaksikan oleh 300 hadirin. Pertandingan masakan organik  juga dibuka kepada bakat besar tukang masakmuda dan mendapat sambutan positif.

No comments:

Post a Comment